sextoysbuzz.co pornobrothers.com xxxteenpornvideo.com homemadeporntape.com filmics.com pornolli.org nvid.org

Langkah Menangani Ancaman Komputer

LANGKAH MENANGANI ANCAMAN KOMPUTER

Kawalan keselamatan komputer iaitu perlindungan ke atas sistem komputer dan maklumat daripada diceroboh atau dimasuki secara tidak sah, kerosakan kerana pencerobohan, dimusnahkan atau ubahsuai secara tidak sah serta akibat daripada malapetaka semulajadi.

11 Langkah-langkah keselamatan komputer

1.    Kata Laluan (Password)

2.    Email

3.    Install Perisian Anti Virus

4.    Firewall

5.    Buang Perisian Lama (Uninstall)

6.    Kawalan Capaian

7.    Salinan Fail (Backup File)

8.    Kemaskini Perisian

9.    Kawalan Rangkaian

10.Capaian Data

11.Perancangan  Pemulihan Bencana

 

Kata laluan

Kata laluan adalah rahsia dan hanya diketahui oleh pengguna yang sah sahaja. Jangan dedahkan pengenalan diri dan kata laluan diri kepada sesiapa.

 

Email

jangan buka sebarang ‘attachment’ tanpa menyemak terlebih dahulu walaupun ianya daripada individu yang AMAT dikenali. Aktifkan penapis ‘junk e-mail’, buang e-mel yang tidak berkaitan. Minta pengirim email menyatakan nama ‘attachment’ , jenis  format dan aplikasi yang perlu digunakan untuk membukanya.

 

Perisian Anti-virus

Pasangkan perisian pencegahan virus untuk memeriksa fail-fail yang baru digunakan untuk mengelakkan sebarang virus. Gunakan program anti virus untuk mengimbas cakera dari virus sebelum ia digunakan. Imbas sebarang program-program baru sebelum menjalankannya.

 

Firewall

Maksud  Firewall ialah perkakasan atau perisian yang berfungsi dalam rangkaian untuk menghalang komunikasi yang tidak dibenarkan. Memasang perisian firewall  dapat membantu mengelakkan data masuk dan keluar secara tidak sah dari komputer sebaik sahaja sistem disambungkan ke internet.

 

Buang Perisian Lama (Uninstall)

Jangan guna perisian yang sudah lama tidak dipakai kerana kemungkinan terdapat virus. Selalu kosongkan recycle bin / trash.

 

Kawalan Capaian

Langkah-langkah mengelak pengodam atau penceroboh mencapai sistem komputer :-

1.    Penggunaan kata laluan untuk pengguna yang sah.

Contoh : Penggunaan kad ATM

2.    Objek perlaksana                                                                    

Contoh : Cap ibu jari, Kod bar atau pengimbas nombor

3.    Perkakasan Biometrik

Contoh : pengimbas cap jari, pengimbas retina, pen biometric

 

Fail Salinan  (Backup File)

Data backup ialah satu program menyalin fail. Membuat salinan aplikasi data ialah satu keperluan supaya data dapat dipulihkan semula sekiranya berlaku kecemasan. Salinan data dibuat bergantung kepada kepentingan data tersebut samada setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan. Salinan boleh dibuat di dalam pen drive, CD, ke komputer lain dan pelbagai.

 

Kemaskini Perisian

Kemaskini  perisian sistem komputer  seperti perisian anti virus sekurang-kurangnya sekali seminggu supaya sistem komputer dapat berfungsi dengan baik.

 

Kawalan Rangkaian

Disconnect  internet daripada komputer jika tidak menggunakannya untuk mengelakkan daripada sistem komputer diceroboh atau digodam oleh orang-orang yang cuba untuk memecah masuk ke dalam sistem komputer atas tujuan jahat,khianat atau sebagainya.

 

Capaian Data

1.    Jangan melayari laman web yang tidak sepatutnya seperti pornografi dan lain-lain.

2.    Berhati-hati dengan sebarang ‘popup window’ yang muncul, gunakan teknik ‘right click’ pada ‘taskbar’ untuk tutup ‘popup window’ tersebut

 

Rancangan Pemulihan Bencana

 Rancangan lain perlu diambil perhatian, walaupun salinan telah dilakukan antaranya :

1.    Rancangan Kecemasan (Emergency Plan)

Sekiranya berlaku gangguan, apakah rancangan keselamatan yang hendak dilakukan bagi melindungi pengguna atau maklumat.

2.    Rancangan Sandaran (Backup Plan)

Perancangan dibuat samada keseluruhan atau separuh sahaja.

3.    Rancangan Pemulihan (Rocovery Plan)

Rancangan ini menyimpan data yang penting dalam  media di luar system.

4.    Rancangan Ujian (Test Plan)

Adakan ujian dari masa hingga ke  semasa untuk memastikan keberkesanan rancangan kecemasan yang telah dirancang.