sextoysbuzz.co pornobrothers.com xxxteenpornvideo.com homemadeporntape.com filmics.com pornolli.org nvid.org

Kesan Jenayah Siber

Kesan Jenayah Siber

Jenayah siber boleh menyebabkan kerugian yang besra kepada organisasi dari segi kewangan, produktiviti, masa, serta nama baik. Berikut disenaraikan beberapa kesannya :

1.       Hilang hasil/keuntungan

Salah satu kesan terbesar daripada jenayah siber terhadap syarikat adalah kerugian hasil. Perkara ini boleh berlaku apabila maklumat sulit kewangan syarikat dibocorkan atau dicuri dan digunakna oleh pihak luar untuk engeluarkan dana dari akaun syarikat secara haram. Ia juga boleh berlaku kepada peniaga yang laman e-dagangnya telah terjejas akibat daripada jenayah siber; ini menyebabkan kerugian pendapatan berharga kerana pengguna tidak boleh mengakses laman web itu.

 

2.       Membazirkan masa

Apabila jenayah siber berlaku, staf IT terpaksa meluangkan banyak masa mereka untuk mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang berlaku. Ini telah merugikan masa kerana kebolehan dan kepakarn mereka boleh digunakan untuk langkah produktif kepada perniagaan atau organisasi. Sebaliknya, banyak masa mereka kini digunakan untuk mengendalikan pelanggaran keselamatan dan masalah lain yang berkaitan disebabkan oleh jenayah siber.

 

3.       Mencemarkan reputasi

Apabila jenayah siber menyebabkan pencurian atau penggunaan tidak sah bagi rekod penggunaan, nama baik syarikat boleh mendapat kesan yang teruk. Ini kerana pelanggan akan mula hilang keyakinan terhadap kemampuan syarikat untuk menjaga keselamatnnya dan membuatkan mereka beralih kesyarikat yang lain. Ini boleh menyebabkan syarikat kehilangan pendapatan berharga dan juga nama baiknya.

 

4.       Mengurangkan produktiviti

Disebabkan jenayah siber kerap berlaku, banyak syarikat mula mengambil langkah untuk menaik taraf keselamatn syarikat mereka. Ini termasuklah menghendaki pekerja memasukkan lebih banyak kata laluan dan pin keselamatan, serta melaksanakan perbuatan lain yang memakan masa yang sepatutnya digunakn untuk meyelesaikan kerja mereka. Ini mengganggu kerja harian pekerja dan meyebabkan produktiviti merosot.

 

 

 

 

 

Perlindungan daripada penipuan internet

Skrin komputer anda

·         Jika anda tidak berada di depan computer anda, tutup komputer atau aktifkan screensaver.

·         Pastikan anda mempunyai kata laluan yang melindunginya untuk kembali ke skrin utama.

Bertanggungjawab dan berhati-hati

·         Anda bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku pada computer dan akaun anda,

·         Mengetahui dasar keselamatan (AUP)

Pilihan kata laluan

·         Gabungkan huruf kecil dan besar, nombor dan terbalikkan perkataan yang anda pilih.

·         Jangan catat di mana-mana

·         Jangan berkongsi kata laluan anda dengan orang lain

·         Jangan bergantung pada satu kata laluan sahaja jika anda diceroboh.

               Melayari internet dengan bijak

·         Melayari internet seolah-olah anda diperhatikan orang lain.

·         Berhati-hati apabila memasukkan maklumat peribadi dalam laman web.

              Amalan akses selamat

·         Berhati-hati apabila membuka apa-apa lampiran e-mel. Terutamanya jika anda tidak mengetahui penghantarnya, tetapi walaupun anda tahu, ia masih memungkinkan untuk perisian perosak (malware) memalsukan alamat e-mel atau boleh juga mencurinya dari computer dan menghantarnya ke luar tanpa pemilik computer itu mengetahui.

             Melindungi identiti anda

·         Jangan membalas atau mengklik pada pautan dalam mana-mana pesanan yang meminta maklumat peribadi dan kewangan.

·         Membuat semakan kewangan anda. Sekurang-kurangnya membuat semakan kredit anda pada setiap suku tahun

·         Jangan memuat turun program daripada syarikat yang anda tidak biasa.

·         Melindungi computer anda.halang popup.

            Data sandaran

·         Sandarkan data ke cakera, pemacu keras luaran, pemacu atau pelayan flash.

·         Membuat jadual

Berkomunikasi dengan Wajar semasa dalam Talian

Tidak kira sama ada anda berkomunikasi dalam talian atau secara bersemuka, anda harus menggunakan akal budi. Prinsipnya ialah, “melayan orang lain seperti mana anda mahu dilayan.”

Berikut adalah beberapa cadangan tentang bagaimana anda harus berkomunikasi semasa dalam talian.

1.       Gunakan bahasa yang betul

hari ini, ramai orang gemar menggunakan akronim, terutamanya anak-anak muda. Tidak salah menggunakan akronim apabila bercakap dengan kawan-kawan anda yang boleh memahaminya. Tetapi, tidak semua orang tahu maksud abjad yang anda gunakan, dan ini boleh menyebabkan kekeliruan. Akhirnya, anda mungkin menjengkelkan orang lain kerana mereka tidak faham apa yang anda katakana.

 

2.       Layan orang lain sama seperti anda berkomunikasi secara bersemuka

Seperti yang disebut di atas, adalah penting melayan orang lain seperti mana anda mahu dilayan. Oleh itu, adalah perlu untuk berkelakuan baik dan bersopan santun apabila bercakap dengan orang dalam talian atau apabila menghantar komen. Berhati-hati, anda mungkin menyinggung perasaan mereka.

 

3.       Jangan berkata apa-apa jika anda tidak mempunyai apa-apa yang baik untuk diperkatakan

Tiada sesiapa yang boleh memaksa anda untuk bersetuju dengan idea orang lain. Jika anda tidak bersetuju, jangan hantar komen yang negatif.  Jika anda benar-benar perlu memberikan komen, atau jika anda diminta berbuat demikian, katakannya dengan sopan dan lembut.

 

4.       Tidak mengapa untuk tidak bersetuju,tetapi berikan kewajaran anda

Tidak ada pendapat yang salah atau bodoh. Jadi, jangan herdik orang yang mempunyai pendapat yang berbeza. Berikan pendapat anda dalam talian dengan sopan.

 

5.       Jangan galakkan pergaduhan

Jika anda melihat komen yang menyinggung perasaan ditujukan kepada orang lain, beritahu orang yang bertanggungjawab mengendalikan laman web itu.  Jika tiada sesiapa yang bertanggungjawab, beritahu individu yang menghantar komen itu dengan sopan supaya berhenti menghantar komen sedemikian.